Monday, May 14, 2012

10 gambar inovasi teknologi


1)      Beyond Silence Digital Piano for Hearing Impaired






Alatan ini akan membantu orang yang mengalami masalah pendengaran atau pekak untuk merasa dan mengesan getaran yang dihasilkan oleh muzik. Piano boleh dimainkan melalui rasa getaran yang terdapat atas tanah yang merupakan hasil daripada diafragma yang sudah dipasang dengan Beyond Silence ini.






2) Dirt bikes 



Basikal khas ini direka khas untuk orang berkeperluan khas yang tidak mampu bergerak seperti orang tipikal yang lain dan hanya mampu menggunakan kerusi roda sahaja untuk bergerak. Penciptaan basikal ini merupakan suatu yang boleh memberi keseronokan kepada golongan ini kerana mereka akan dapat melakukan aktiviti berbasikal seperti orang yang tipikal. Basikal ini telah dilengkapi dengan tiga roda dan bahgian-bahagian yang lain menyamai basikal yang biasa. Kerusi yang terdapat boleh diangkat dan diturunkan dengan mudah, ianya cukup mudah dan fleksibel.



3)      Cochlear Revolve





Direka oleh seorang pereka dari Belgium untuk anugerah James Dyson. Konsep utama alat ini adalah untuk menyediakan peningkatan pada tahap pengalaman kepada pengguna. Walaupun alat ini bergantung kepada evolusi teknologi dalam aspek pemprosesan peranti audio tetapi ianya telah diubahsuai dengan menyediakan gear untuk mengubah yang lebih mudah dan selesa untuk digunakan untuk orang kurang upaya yang mengalami masalah pendengaran. Saiz alat ini juga dalam tahap yang paling minima dan mempunyai komponen yang dinaiktaraf di luar yang memberi kemudahan kepada pengguna untuk mengawal kualiti alat pemprosesan audio yang terdapat di pasaran.



4)    Soft Touch



Satu inovasi hebat yang direka oleh pereka dari Universiti of Derby di United Kingdom. Alat ini merupakan jam penggera yang dapat dijadikan sebagai alat untuk memberi amaran kepada pengguna yang memakainya. Alat ini telah dipasang dengan sensor yang akan memberi kepada pengguna tentang apa-apa bahaya yang akan datang.



5)       Boomer, Walking Aid





Peratatan ini belum lagi dikeluarkan dan hanya prototaip sahaja yang masih dalam ujian percubaan. Alat ini akan memberi bantuan untyuk berjalan bagi individu yang mengalami masalah atau kekurangupayaan untuk berjalan secara normal. Jika dilihat sekali ianya kelihatan seperti basikal . alat ini boleh memudahkan penggunannya untuk meempuhi perjalanan yang sukar seperti menaiki tangga dan ianya memberi keselesaan kepada pengguna dimana jika pengguna alat ini berasa penat setelah berjalan pengguna tersebut boleh berehat iaitu dengan cara duduk di atas tempat duduk yang telah disediakan pada alat ini. Tidak dapat dinafikan bahawa alat ini memberi keselesaan yang optima kepada penggunanya.




 6)      Walking aid orthopedic device


 Peralatan canggih ini direka khas untuk kegunaan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas yang mengalami cerebral palsy. Model ini belum dikeluarkan lagi dan hanya prototaip sahaja yang masih dalam ujian. Ptototaip yang digunakan pada masa sekarang ini adalah untuk membantu golongan dewasa yang mengalami cerebral palsy. Peralatan ini membantu golongan yang mengalami untuk melakukan pergerakan seharian. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa bagi individu yang mengalami cerebral palsy akan memberi kesukran untuk bergerak. Dengan adanya alat ini, pergerakan golongan yang mengalami cerebral palsy pasti akan dapat bergerak dengan mudah dan ianya begitu selesa dan selamat digunakan.




7)    NATULIFT for easy transfer of patients with disabilities




Direka khas untuk orang tua dan pesakit yang menghidapi kekurang upayaan pinggang. Direka oleh pereka dari turki iaitu Duygu Guler yang berperanan untuk membantu orang kurang upaya dan bertujuan untuk memudahkan proses pemindahan pesakit yang kurang upaya dari satu tempat ke tempat yang lain. Fleksibiliti produk ini menjadikannya serasi dengan kerusi, katil, dan sangat sesuai dengan ketinggian dan permukaan tanah. Kerusi ini juga digabungkan dengan kerusi utama reka bentuk dan mampu untuk pergi ke bawah dan di dalam air untuk membawa pesakit. Kerusi ini menyediakan mobility yang selamat dan selesa kepada pesakit yang menggunakannya.



8)      Honda's Walking Assist





Alat yang dicipta khas untuk membantu orang yang kekurangan upaya berjalan dengan menggunakan peranti. Syarikat Honda ini telah menjalankan kajian intensif tentang usul manusia dan cuba bergerak dengan menggunakan peranti yang akan membantu untuk memanjat dan turun menggunakan tangga. Aspek utama peranti ini adalah untuk mengurangkan berat badan semasa mendaki dengan memberikan sokongan kepada berat badan agar dapat bergerak dengan lebih mudah dan menyelesakan.







9)   HT4 modular toilet bends to the needs of special users




Seorang pereka dari Mexico iaitu Cesar Estrada telah mereka bentuk tandas inovatif yang dipanggil “HT4” yang sesuai digunakan oleh semua generasi iaitu dari kanak-kanak kurang upaya dan orang tua yang kekurangan upaya tanpa perlu berasa kekok atau tidak selesa. Tandas ini boleh digerakkan untuk dilaraskan dengan kesesuaian mengikut kesesuaian pengguna dan selain itu, tandas ini juga boleh membantu untuk pengguna untuk berdiri dan duduk yang dapat menyokong kekuatan lutut dan kaki pengguna. Selain itu, tandas ini juga mempunyai tempat bersandar pada belakang untuk pengguna berehat untuk keselesaan dan ianya sangat berguna untuk orang cacat kerana ianya menyediakan keselesaan secara maksima.



10)    wheel chair that bends to the needs of specific users



Merupakan kerusi roda yang boleh laras bagi kanak-kanak yang kurang upaya untuk mengelakakan daripada terjatuh. Tahap untuk bagi kanak-kanak yang boleh menggunakan kerusi roda ini ialah sekitar umur tiga hingga sepuluh tahun dan tidak sesuai digunakan oleh orang dewasa dan orang tua. Saiz kerusi roda ini ialah antara 10 inci hingga 18 inci sahaja. Kerusi  roda ini boleh dilaras mengikut keselesaan kanak-kanak berkeperluan khas yang duduk di atasnya. Kerusi roda ini diciptakan khas untyuk kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai masalah untuk berjalan dan ianya sangat sesuai digunakan.



1 comment: