aminudin fahmi
Tuesday, June 19, 2012
Tuesday, May 29, 2012
esei kumpulan lengkap
UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA
FAKULTI
PENDIDIKAN
2011/2012
GGGE2153
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
PENSYARAH
TUTORIAL :
MEJAR
MOHD JASMY ABD RAHMAN
TUGASAN ESEI BERKUMPULAN
INTEGRASI
ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : PERUBAHAN PERANAN GURU
DISEDIAKAN
OLEH:
MOHD FIZRE B ZAKARIA A133121
SITI
AISHAH BINTI ABDULLAH A132799
MUHAMMAD AMINUDIN FAHMI B MOHD ZAHARI A
132745
MUHAMMAD ZULHELMI B MOHD NOOR A 132365
NOR MALISSA BINTI MAT ISA A134766
KANDUNGAN
BAB
Halaman
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 LATAR BELAKANG 1
3.0
PENYATAAN MASALAH 4
4.0 OBJEKTIF KAJIAN 4
5.0 METODOLOGI KAJIAN 5
6.0 DATA ANALISIS 6
7.0 DAPATAN KAJIAN 6
7.1 Pengetahuan dan kemahiran guru dalam ICT 6
7.2 Pandangan guru mengenai integrasi ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran 6
7.2 Integrasi ICT dalam p & p 7
7.3 Perubahan peranan guru 7
7.3.1 Perubahan peranan guru kesan integrasi ICT 7
7.3.2 Kerelevenan tugas guru 7
7.3.3 Merapatkan jurang digital dalam kalangan
pelajar 8
7.3.4 Kelancaran tugas guru dalam p & p
7.3.5 Beban tugas 9
7.3.6 Tindakan yang perlu dilakukan guru mengenai ICT 9
7.4 Halangan integrasi ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran 9
8.0 PERBINCANGAN 10
9.0 KESIMPULAN
13
RUJUKAN
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan
ialah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang
individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Guru bertangggungjawab dalam memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku
ke pelajarnya dalam mencapai Falsafah
Pendidikan Negara. Ledakan ICT telah menyebabkan kualiti perkhidmatan dan peranan guru berubah. Kajian ini
dijalankan bagi mengenal pasti perubahan peranan guru kesan integrasi ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran ( p& p). Guru perlu peka dengan perubahan dengan ICT yang memberi kesan kepada budaya pendidikan. Maka secara tidak langsung
keadaan ini mendesak perubahan peranan guru. Sampel kajian terdiri daripada
10 orang guru yang mengajar di sekolah menengah di luar bandar. Data daripada
guru diperoleh diperolehi dengan mengedarkan set soalan soal selidik yang perlu
dijawab secara bertulis. Antara perubahan peranan guru kesan integrasi ICT dalam
p & p ialah peranan guru yang lebih besar seperti keperluan menggunakan kemahiran dan pengetahuan ICT dalam p & p, keperluan menguasai dan mempunyai
kemahiran dan pengetahuan ICT dalam p &
dan , merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar.
2.0 LATAR BELAKANG
Globalisasi
telah membawa perubahan dalam budaya, sosial dan Globalisasi ialah satu
ideologi perubahan budaya, sosial,dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan
pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Globalisasi telah menyebabkan
wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep
pembelajaran global dan konsep perubahan tingkah laku(Nesbit & Adesope
2006). Justeru, ICT telah memberi kesan
yang besar ke atas anjakan perubahan sistem pengurusan pendidikan di
negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia.
ICT ialah pelbagai bentuk alat dan sistem yang
digunakan dalam memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan
menyebarkan maklumat melalui media elektronik. ICT kini digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan
dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia
akan datang. Maksud integrasi ICT dalam p & p ialah penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal,
mengukuh dan menambah kemahiran. Integrasi ICT dalam p & p dilihat dari dua
aspek iaitu aspek pengajaran yang
bermaksud guru menggunakan ICT dan aspek pembelajaran bermaksud murid
menggunakan ICT. Menurut
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), manfaat yang diperolehi daripada ICT dalam pembelajaran
adalah seperti berikut:
(a)
guru berupaya meningkatkan kefahaman dan
penguasaan murid terhadap
pelajaran;
(b)
maklumat pelajar yang terdiri daripada pelbagai keupayaan dapat diberikan dengan peluang pembelajaran yang
sama;
(c) motivasi murid-murid dapat ditingkatkan
lagi;
(d)
penggunaan ICT dalam pembelajaran dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar;
(e) daya kreativiti dan imaginasi murid dapat
dipertingkatkan lagi;
(f)
murid-murid dapat belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum; dan
(g)
kemahiran ICT murid-murid dapat dipertingkatkan lagi.
Manakala dalam konteks ICT dalam
pengajaran, ICT digunakan sebagai alat
persembahan dan alat demonstrasi
serta menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) tetapi tiada cara tertentu
yang boleh dikatakan sebagai cara
terbaik dan mesti digunakan dalam penggunaan ICT dalam p & p. Malah,
pendekatan yang terbaik ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan
murid, serta dapat membuahkan hasil yang
diharapkan dalam jangka masa yang munasabah
Penggunaan teknologi hendaklah digabung jalinkan bersama pedagogi tertentu. Guru perlu
mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti p &p. ICT dalam p & p akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru
dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Holmes (1999) memberikan
pandangan bahawa integrasi teknologi dalam p & p memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel
dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata
pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum
mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen
yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi
pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Pada tahun 2001, Kementerian
Pendidikan telah mengemukakan tiga dasar penting berkaitan pengunaan ICT. Dasar
ini melibatkan (i) kepentingan literasi ICT untuk semua pelajar, (ii) keutamaan
peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum serta alat p & p dan (iii) kegunaan ICT untuk
meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan. Dasar - dasar ini
menunjukkan sistem pendidikan negara ini mengutamakan pengunaan ICT dalam
p& p di sekolah - sekolah. Oleh sebab ini, guru terlibat secara langsung dengan dasar
bagi mencapai tujuan dasar.
Dalam Buku Panduan KBSR ada
dinyatakan,"walau bagaimanapun sama ada perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan
atau tidak, adalah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru. (Abd. Aziz
2000) menyebut guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum mestilah seorang yang
bersifat positif dalam segala
hal. Mereka perlu mempunyai kreativiti yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan
bahan pengajaran, peka dalam hal perubahan perubahan dan
pembaharuan-pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedah - kaedah p & p serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan
pengawasan aktiviti yang berjalan dalam bilik
darjah.
Kini kualiti perkhidmatan perlu
ditingkatkan dan pelanggan pendidikan
mendesak peningkatan mutu perkhidmataan.
Oleh itu, seseorang guru perlu memberi perkhidmatan bermutu, kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mendalam. Guru
- guru perlu peka dengan sebarang perubahan, budaya
pendidikan, misi pendidikan dan bersedia menerima perubahan menggunakan peralatan canggih. Faktor - faktor memerlukan
guru agar berubah mengikut perkembangan semasa. Guru
- guru perlu peka dan bertindak kepada
perubahan supaya perubahan tidak membawa
padah yang buruk (Zainal Abidin,1999)
Guru berperanan dalam mewujudkan
persekitaran ICT yang kondusif untuk semua pelajar, dimana ICT diintegrasikan
menjadi sebahagian proses p & p di sekolah sebagaimana teknologi tersebut
menjadi sebahagian daripada pengalaman pelajar di luar sekolah. (Norton &
Wiburg 2003). Guru juga perlu mengatasi pelbagai cabaran antaranya dari segi perubahan
peranan guru, amalan - amalan pengajaran, penguasaan pengetahuan serta
kemahiran - kemahiran ICT. Kejayaan pelaksanaan inovasi dalam pendidikan
bergantung kepada kemampuan guru - guru
menumpukan peranan mereka dan menguasai pengetahuan serta lain-lain
kemahiran.
3.0
PENYATAAN MASALAH
Cabaran
mengintegrasi ICT di bilik darjah
merupakan cabaran kemanusiaan berbanding mengatasi cabaran teknologi seperti
peralatan dan kemudahan ICT. Pada asasnya, cabaran bukan hanya berkaitan dengan
membantu guru mengoperasi alat teknologi tetapi membantu guru-guru memperoleh pengetahuan dan kemahiran bagi
mengintegrasi teknologi dalam pengajaran mereka. Oleh itu, peranan guru
juga mengalami transformasi. Guru-guru memainkan peranan penting dalam bilik darjah yang mana guru memerlukan tugas
dan tanggungjawab yang mencabar. Guru - guru
perlu mengatasi pelbagai cabaran
terutama dari segi perubahan dari segi
peranan guru, amalan-amalan pengajaran, penguasaan pengetahuan serta kemahiran ICT. Kejayaan
pelaksanaan sebarang perubahan dan
inovasi dalam pendidikan sangat
bergantung kepada kemampuan guru - guru untuk memfokuskan semula peranan mereka
serta menguasai pengetahuan dan kemahiran baru. Justeru fokus kajian untuk melihat jawapan kepada persoalan-persoalan berikut :
1)
Apakah tahap pengetahuan dan kemahiran guru ICT dalam p & p ?
2)
Apakah pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam p & p ?
3)
Apakah perubahan peranan guru kesan integrasi ICT dalam p & p ?
4)
Apakah cabaran yang dihadapi guru dalam mengintegrasikan ICT dalam p & p ?
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif
kajian bagi persoalan ini ialah :
1)
Melihat tahap pengetahuan dan kemahiran guru
untuk integrasi ICT dalam p & p.
2)
Mengetahui pandangan guru mengenai
integrasi ICT dalam p & p.
3)
Mengetahui perubahan peranan guru kesan
integrasi ICT dalam p & p.
4)
Mengenalpasti cabaran yang dihadapi guru
dalam mengintegrasikan ICT dalam p & p.
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Responden
bagi kajian ini terdiri dari guru - guru mengajar di sekolah luar bandar iaitu
sekolah menengah kebangsaan Bakti Tasik Gelugor, Pukau Pinang. Seramai 10 orang
responden terlibat yang mengajar dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah
tersebut. Enam orang responden ialah perempuan manakala 4 lain ialah lelaki. Senarai
responden mengikut kod, jantina, mata pelajaran
yang diajar dan tempoh mengajar di lampirakan di dalam jadual 1.
JADUAL
1: Kod, Jantina, Mata Pelajaran yang
diajar dan Tempoh Mengajar Responden
Kod
|
Jantina
|
Mata Pelajaran yang diajar
|
Tempoh Mengajar
( tahun)
|
R1
|
Lelaki
|
Bahasa Melayu
|
5
|
R2
|
Lelaki
|
Matematik
|
10
|
R3
|
Lelaki
|
Sejarah
|
6
|
R4
|
Lelaki
|
Fizik
|
4
|
R5
|
Perempuan
|
Fizik
|
5
|
R6
|
Perempuan
|
Geografi
|
1 ½
|
R7
|
Perempuan
|
Matematik
|
9
|
R8
|
Perempuan
|
Bahasa Melayu
|
2
|
R9
|
Perempuan
|
Bahasa Melayu
|
4
|
R10
|
Perempuan
|
Matematik
|
9
|
6.0 DATA ANALISIS
Kajian
ini dilakukan secara kualitatif untuk memberi peluang luas kepada responden memberi
pengalaman dan pendapat mereka. Satu borang kaji selidik telah disediakan
sebagai kerangka untuk jawapan responden. Tujuannya adalah untuk menggalakkan
responden memberi respon akan isu - isu yang dibangkitkan dalam soalan soal selidik.
Borang kaji selidik disediakan berdasarkan rujukan perpustakaan mengenai
perubahan peranan guru kesan integrasi ICT dalam p & p. Borang soal selidik
ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian I mengumpul maklumat demografi para
responden seperti jantina, umur, bangsa, tempoh mengajar dan mata pelajaran
yang diajar. Bahagian II pula mengumpul maklumat mengenai pengetahuan dan
kemahiran guru mengenai ICT, pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam p & p, integrasi ICT dalam p
& p, halangan mengitegrasi iCT dan
perubahan peranan guru. Semua responden menjawab soalan secara bertulis
7.0 DAPATAN KAJIAN
Respon
dikumpulkan secara bertulis dan disusun mengikut kategori. Antara kategori yang
didapati dalam kajian ini ialah tahap
pengetahuan dan kemahiran guru untuk
integrasi ICT dalam p & p, pandangan
guru mengenai integrasi ICT dalam p & p,
perubahan peranan guru kesan integrasi ICT dalam p & p dan cabaran yang dihadapi guru dalam
mengintegrasikan ICT dalam p & p.
7.1 Pengetahuan dan kemahiran guru dalam ICT
Semua
responden menpunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam menggunakan perisian-
perisian pemprosesan perkataan iaitu Microsof Office terutama Words, Power Point, Excel dan lain -
lain. Begitu juga dengan kemahiran
menggunakan peralatan ICT seperti slaid
dan LCD di dalam bilik darjah. Hanya
seorang seorang responden iaitu R5
mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian Photoshop, Movie Maker dan
Express. R4 mempunyai pengetahuan dan kemahiran menghasilkan video dan audio.
7.2 Pandangan
guru mengenai integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
Semua
responden bersetuju tentang keperluan menggunakan ICT dalam p & p. Kajian
mendapati semua responden memberikan pandangan tentang bagaiman ICT memberikan
faedah dalam p &p. R1 mengatakan pengunaan ICT dalam p & p mengikut topik
yang diajar dapat mengekalkan minat pelajar dalam p&p. Pelajar didapati
memberi perhatian lebih lama semasa
proses p & p dijalankan. Malah,
pandangan ini disokong oleh pandangan oleh R4 dan R10 yang menyatakan
pengunaan ICT dalam p & p dapat menarik p & p dan menjadikan proses p
& p menarik dan menyeronokkan. R6 menyatakan bahawa integrasi ICT akan
memantapkan proses p & p. ICT juga
perlu diintegrasi kerana dapat
meningkatkan kemahiran guru dan pelajar dalam bidang ICT.
“Sangat
sesuai digunakan ekoran dengan kemajuan yang dialami masa sekarang”. (R2)
7.2 Integrasi ICT dalam p & p
Dalam
aspek aplikasi, semua responden mengitegrasi ICT dalam p & p.
Responden menggunakan powerpoint, video,
laptop dan LCD semasa p & p mereka. Para responden juga gemar memilih kaedah
pengajaran yang mengintegrasikan ICT dalam p & p berserta kaedah konvesional seperti “talk
and chalk”. Walau bagaimanapun, R7 tidak bersetuju integrasi ICT dalam p & p. Beliau lebih gemar menjalankan p
& p tanpa integrasi kerana beliau mengajar mata pelajaran matematik
dikatakan berkesan secara terus kepada pelajar. R10 pula mengatakan integrasi
ICT hendaklah bersesuaian dengan subjek dan topik yang diajar kepada pelajar.
7.3 Perubahan
peranan guru
7.3.1 Perubahan peranan guru kesan integrasi ICT
6
responden mengatakan terdapat perubahan peranan guru kesan perkembangan ICT
dari segi pedagogi. R8 berpendapat
bahawa guru perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam proses p&p. 4
responden yang tidak bersetuju kerana peranan guru tetap sama, yang berubah
hanyalah cara penyampaian ilmu kepada pelajar.
7.3.2 Kerelevenan tugas guru
Integrasi
ICT dalam p & p memudahkan tugas guru kerana pelajar kini dapat belajar
dimana sahaja. Namun begitu, ICT tidak
dapat mengantikan tugas guru. Item soalan 13 menyatakan responden mengenai
adakah guru tidak lagi diperlukan dalam
p&p apabila integrasi ICT dimplementasikan. Semua responden tidak bersetuju
dan mengatakan guru tetap diperlukan dalam p & p. R9 mengatakan integrasi
ICT dalam p & p hanya berfungsi membantu guru dalam memudahkan lagi
pemahaman seorang pelajar terhadap sesuatu
p & p. Pengunaan ICT tidak boleh dilakukan tanpa kehadiran guru. R6
dalam p & p guru adalah pembimbing dan dapat berinteraksi secara terus
dengan pelajar. R4 mengatakan pelajar memerlukan guru jika tidak memahami
sesuatu dalam kandungan p & p. Sebarang permasalahan yang timbul boleh
diselesaikan oleh guru. Kenyataan ini
disokong R7 bahawa integrasi ICT tidak memadai kerana tidak semua pelajar dapat
memahami apa yang disampaikan dalam p&p. R5 pula menyatakan guru adalah penyumbang
ilmu sebenar serta mampu mengawal pelajar dengan berkesan.
7.3.3 Merapatkan jurang digital dalam kalangan
pelajar
Semua
responden bersetuju bahawa guru
bertanggungjawab merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar. Semua
responden bersetuju dengan item ini. R8
menyatakan dunia semakin memerlukan teknologi dalam menguruskan kehidupan yang
semakin canggih. Maka disini adalah perlu bagi guru memastikan pelajar -
pelajar disekolah tersebut yang berada luar bandar mendapat pendedahan dan tahu
menggunakan ICT. R9 pula mengatakan guru merupakan contoh dan menjadi rujukan
kepada para pelajar. Guru juga
bertanggungjawab dalam merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar memandangkan
pelajar menghabiskan lebih banyak masa
bersama guru mereka dan peluang ini haruslah digunakan dengan mendedahkan
pelajar mengenai ICT.
7.3.4 Kelancaran tugas guru dalam p & p
Seterusnya
apabila ditanya bagaimana pengunaan ICT
semasa proses p&p dilihat membantu guru, responden mengatakan integrasi ICT
membantu tugas mereka semasa p &p
dan keadaan ini dapat dibuktikan R1
mengatakan ICT membantunya menarik minta pelajar agar dapat memberi
tumpuan lebih lama sekaligus melancarkan p&p. Selain itu, integrasi ICT
juga dapat menjimatkan masa responden dalam penyediaan bbm serta masa p &p dari perlu menulis di papan
hitam atau putih. Hal ini, disokong dengan kenyataan R3 yang menyatakan
ICT membantu dari segi persembahan
kandungan pengajaran. Begitu juga dengan R8 yang mengatakan ICT membantunya
memberikan pengajaran yang kreatif dan menarik.
Oleh itu, pelajar memberi tumpuan dan melancarkan proses p & p.
Selain itu, responden mengatakan bahawa
integrasi ICT memudahkan proses pembelajaran, menjimatkan masa dan mengelakkan
pelajar bosan.
“
Ya memang saya ajar fizik, lebih senang nak buat eksperimen jika tunjuk video
dahulu”. R4
Dari aspek kesesuaian mata pelajaran
yang diajar adalah sesuai bagi semua responden. Hal ini ini disokong dengan
pelajar memberikan respon yang positif semasa integrasi dijalankan. Antara
respon pelajar ialah mereka didapati
lebih memberi perhatian, meningkatkan imaginasi pelajar terutama bagi mata
pelajaran fizik.
7.3.5
Beban tugas
Guru
mempunyai banyak tugas dan peranan di sekolah. 8 responden mengatakan integrasi
ICT tidak membebankan mereka. Hanya dua
responden mengatakan beban guru
bertambah. R6 mengatakan dengan integrasi ICT dia perlu belajar lebih banyak
mengenai ICT untuk membolehkannya
mengaplikasi ICT dengan lebih baik dalam p&p. Manakala R8 mengatakan bahawa
beban tugas semakin meningkat kerana perlu membawa sendiri alatan ICT seperti
komputer riba ke sekolah disebabkan kekurangan kemudahan ICT di sekolah. R6
mengatakan disebabkan perkembangan ICT tugas guru bertambah kerana perlu
mempelajari ICT.
7.3.6
Tindakan yang perlu dilakukan guru mengenai ICT
Oleh
sebab ICT sudah menjadi sebahagian daripada p&p, guru perlu meningkatkan
diri agar tidak ketinggalan dari teknologi. Bagi item tindakan yang perlu
dilakukan oleh guru dalam menghadapi ICT,
semua responden memberi
mengatakan mereka perlu
meningkatkan diri dengan mempelajari meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran ICT, guru juga perlu menunjukkan minat menggunakan ICT. Selain itu, guru hendaklah bijak memilih strategi yang sesuai bagi topik - topik
dalam mata pelajaran sama ada menggunakan kaedah konvesional atau integrasi ICT
dalam p & p malah guru perlu la kreatif semasa dalam mengintegrasi ICT. R9
mengatakan bahawa guru hendaklah diberi pendedahan mengenai ICT dan diberi
latihan ssecukupnya.
7.4
Halangan integrasi ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran
Halangan
yang timbul untuk mengitegrasi ICT dalam p & p oleh para responden ialah
dari aspek kemudahan untuk mendapatkan peralatan dan tempat yang sesuai
(seramai 7 orang responden menyuarakan masalah ini). Kemudahan tersebut ialah
seperti komputer riba dan alatan lain-lain.
Tiga orang responden pula mengatakan
mereka berhadapan dengan masalah teknikal yang berlaku semasa dalam
melaksanakan p&p yang mengintergrasikan ICT. Di samping masalah teknikal dan kemudahan
yang dihadapi oleh para responden, terdapat juga beberapa cabaran lain yang dihadapi oleh guru untuk melaksanakan
penggunaan ICT dalam bilik darjah. Antaranya ialah dari aspek penerimaan
pelajar terhadap penggunaan ICT, prasarana, pengetahuan dan kemahiran yang
kurang, sentiasa perlu peka dengan perkembangan teknologi, kekangan masa dan
sikap pelajar.
8.0 PERBINCANGAN
Hasil
daripada kaji selidik yang telah dijalankan di sebuah sekolah kawasan luar
bandar kami mendapati bahawa kebanyakan guru mempunyai kemahiran asas dalam
penggunaan perisian pemprosesan perkataan. Selain itu, mereka juga mempunyai
pandangan yang positif terhadap integrasi ICT semasa proses P&P. Hal ini
demikian kerana integrasi ICT dalam proses p&p membawa banyak manfaat
kepada guru. Kajian mendapati bahawa pengenalan kepada ICT telah membawa
kepada sikap positif pelajar dalam pembelajaran tetapi kemahiran menggunakan
komputer dan perisian asas sahaja tidak mencukupi dalam menyediakan strategi
pengajaran yang berkesan. Maka guru perlu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran supaya dapat mengintegrasi ICT dengan lebih cekap dan berkesan .
Pengintegrasian ICT oleh para
responden adalah positif di mana semua responden menggunakan teknologi dalam
proses P&P walaupun bukan setiap masa. Walau bagaimanapun, R10 menyatakan
bahawa integrasi ICT hendaklah bersesuaian dengan subjek yang diajar.
“
Ya memang saya ajar fizik, lebih senang nak buat eksperimen jika tunjuk video
dahulu”. R4
Penyataan ini sememangnya tidak
dapat disangkal kerana penggunaan ICT dalam proses P&P bagi mata pelajaran
sains dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar. Penyataan ini juga dapat
disokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh Bahrudin Mohamad Bilal &
Muhammad Kasim (2001), yang menunjukkan bahawa ICT membantu mengatasi kelemahan
pendidikan sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam
penggunaan komputer secara lebih produktif. Walau bagaimanapun integrasi ICT hendaklah disesuaikan dengan
topik yang ingin diajar.
Holmes (1999), memberi pandangan
bahawa integrasi teknologi dalam p &p memerlukan guru yang bersedia dan
fleksibel menggunakan teknologi dalam pengajaran harian bagi mata pelajaran
yang diajar. Pengetahuan asas dalam penggunaan teknologi belum mencukupi bagi
membolehkan seseorang guru itu mengabungkan teknologi dalam p & p. Elemen
yang penting dalam mengintegrasikan
teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasinya
dengan teknologi. Penggabungan ICT dalam p & p memerlukan kemahiran dan
komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan
ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula iaitu daripada
persediaan sebelum mengajar, semasa dan penilaian selepas proses p & p.
Kegagalan guru dalam membuat perancangan teliti akan merugikan pelajar dan
menjadikan proses P&P kurang berkesan.
Walaupun integrasi ICT dapat membantu proses
p & p, namun 2 daripada responden
kami berpendapat bahawa perkara ini meningkatkan beban kerja guru. Peranan guru
dalam era ini bukan sahaja sekadar menjadi pendidik malah mengalas
tanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja pengkeranian, menyediakan bahan
bantu mengajar, menguruskan kokurikulum dan melayan karenah ibu bapa, pihak
pentadbir dan masyarakat. Penggunaan ICT dalam p &p dianggap sebagai membebankan mungkin
disebabkan oleh dua faktor iaitu sikap guru itu sendiri ataupun kekangan untuk
menghabiskan silibus. Daripada kajian lepas, terdapat sebahagian guru yang
telah sebati dengan kaedah pengajaran tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian
dengan teknologi instructional (Becker & Watt, 1996).
Peranan guru masih dominan walaupun ICT telah
mengatasi sebahagian besar masalah dan kelemahan pengajaran konventional dan
pengajaran tradisional. Guru bukan sahaja menjadi sumber inspirasi kepada para
pelajar malah turut menjadi pendorong kepada kejayaan pelajar. Penggunaan ICT
dalam pendidikan perlu dianggap sebagai satu alat untuk menyampaikan isi
kandungan matapelajaran bukan alat yang mengantikan peranan guru dalam mendidik
pelajar. Anggapan bahawa penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan
mengurangkan peranan dan bilangan guru kerana teknologi berupaya menyediakan
sesi p & p yang lebih canggih dan menarik adalah salah. Proses pembelajaran
memerlukan interaksi sesama manusia. Peranan guru sebagai pendidik, pendorong,
dan pemberi motivasi tidak dapat diambil alih oleh teknologi. Namun dalam zaman ledakan ICT guru tidak
boleh mengenepikan ICT dalam p&p mereka.
Seperti yang kita sedia maklum
sistem pendidikan di Malaysia menekankan tentang peperiksaan. Oleh hal yang
demikian tuntutan terhadap penguasaan silibus oleh pihak pentadbir sekolah, ibu
bapa dan pelajar itu sendiri adalah tinggi. Penggunaan teknologi dalam p &
p memakan masa yang lama untuk disediakan. Di sini kita dapat melihat perubahan
peranan guru pada zaman dahulu yang hanya menfokuskan isi kandungan pengajaran
menggunakan kaedah tradisional berbanding tuntutan terhadap penggunaan
teknologi dan pada masa yang sama untu menghabiskan silibus.Oleh itu, guru perlu proaktif dan bijak menyeimbangkan integrasi ICT dalam p & p disamping
menghabiskan sukatan kurikulum.
Bagi guru-guru diluar bandar, mereka
secara tidak langsung bertanggungjawab dalam merapatkan jurang digital dalam
kalangan pelajar. Maka dapat disimpulkan
guru - guru berperanan menyokong usaha kerajaan merapatkan jurang
digital dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pendidikan. Jurang digital amat
nyata di di dalam sektor ICT. Terdapat jurang di antara yang bermaklumat dan
tidak maklumat di kalangan pelbagai kumpulan masyarakat di Malaysia. Dalam masa
yang sama, mereka yang bermaklumat dan kaya tinggal di bandar sementara yang
tidak bermaklumat dan miskin di pendalaman.
Kajian mendapati para responden
menganggap bahawa pelajar di luar bandar perlu didedahkan pengetahuan
dan kemahiran ICT supaya dapat bersaing dalam zaman yang ledakan ICT. Oleh itu,
guru - guru kini telah mempunyai
perubahan peranan kesan perkembangan ICT terhadap dunia. Dua jurang digital tersebut ialah jurang teknologi
iaitu menyediakan infrastruktur komunikasi melalui pelbagai teknologi yang kos
efektif dan boleh dicapai. Kedua ialah jurang minda iaitu merapatkan jurang
minda, masyarakat luar bandar dengan latihan ICT dan kemahiran iCT melalui
program kesedaran, penglibatan, pengunaan dan memperkasa komuniti. Maka, perubahan
peranan guru ialah untuk membantu
meningkatkan jurang minda dalam kalangan pelajarnya sama ada integrasi
ICT dalam p & p atau di luar bilik
darjah. Jurang digital berlaku disebabkan oleh perbezaan pengetahuan dan
kemahiran sesuatu kelompok masyarakat. Justeru, guru-guru perlu memastikan diri
mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kebolehan menggunakan ICT dan
mempunyai kemahiran untuk mengintergarsikan ICT dalam proses p & p.
Bagi tujuan melaksanakan p&p
dengan integrasi ICT , para guru perlu melengkapkan diri mereka dengan
perkembangan terkini. Kajian mendapati
bahawa guru-guru bersetuju bahawa mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam ICT agar dapat mengintegrasikan peralatan dan kemudahan
ICT dalam p & p. Tuntutan
profesionalisme perguruan kini memerlukan guru-guru mempunyai literasi
elektronik dan berkemahiran menggunakan ICT untuk meneroka, mencari serta mengakses maklumat seterusnya
memanfaatkan semula dalam bilik darjah. Oleh sebab ini, peranan guru berubah dalam memastikan diri mempunyai pengetahuan dan
kemahiran terkini supaya dapat memenuhi keperluan mengintegrasi ICT dalam p &
p sekaligus mencapai objektif pengajaran.
9.0 KESIMPULAN
Secara
kesimpulannya, penggunaan ICT dalam bilik darjah dalam konteks ini secara
spesifiknya merujuk kepada proses dan pengurusan pembelajaran dan pengajaran.
ICT diintegrasikan ke dalam kurikulum sekolah iaitu melalui pelbagai subjek
terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Integrasi ICT ke dalam
kurikulum memberi peluang kepada guru
untuk mengaplikasikan ICT dalam subjek-subjek tertentu seperti penggunaan
teknologi maklumat dan “computerisation”. ICT boleh diintegrasikan pada mana-mana tahap
dalam roses p&p. Ia boleh digunakan sebagai set induksi, penutup ataupun
semasa sesi peneranagan. Pelajar juga boleh mengakses pelbagai laman web untuk
mengumpul maklumat, menggunakan email untuk berkomunikasi dan mewujudkan fail
ataupun folder untuk rangkaian sekolah.
Penggunaan ICT dalam pendidikan
berupaya meningkatkan potensi diri seseorang pelajar itu dalam pembelajaran
terutama bagi mata pelajaran sains. Hal ini demikian kerana, penggunaan
teknologi yang terkini mampu untuk meningkatkan kefahaman pelajar terutama
pelajar yang belajar secara konkrit. Oleh hal yang demikian, guru sepatutnya
melengkapkan diri mereka tentang pengetahuan yang berkaitan dengan ICT. Ini
kerana perubahan teknologi telah meningkatkan tuntutan terhadap tugas sebagai
seorang guru walaupun terpaksa berhadapan dengan persoalan adakah mereka mampu
untuk mengguna dan mengintergrasi ICT dalam pengajaran mereka di samping
membimbing pelajar menguasai aras-aras pengetahuan tinggi.
Tidak dapat dinafikan bahawa
dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan guru berhadapan dengan pelbagai
cabaran antaranya kekangan untuk menghabiskan silibus, kekurangan kemudahan,
kemahiran dan bahan sokongan. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini pelbagai usaha
akan dilaksanakan. Namun, usaha-usaha yang bakal diambil oleh pihak sekolah
haruslah disertai dengan keterbukaan guru dalam menerima pembaharuan dan
cabaran baru.
RUJUKAN
Bahrudin
Aris, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim Basir. 2001. Pembelajaran fizik secara
kolaboratif menggunakan laman web dan internet. Virtec Journal,1-1
Becker,
W.E & Watts, M. 1996. Chalk and Talk:
A National Survey on Teaching Undergraduated Economics. American Economic Review, 86(2) 448-453
Chung, M.H.C &
Jamaludin Badusah. 2010. Sikap guru bahasa melayu terhadap pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT)
dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah di
Bitulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1): 59-65.
Engkizar Maritas. 2010.
Pentingnya integrasi ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pendidikan
islam. P51186. Tesis Sarjana Muda,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Holmes, W.
1999. The transforming Power of Information Technology. Community
College Journal, 70(2): 10-15
Janudin Awang. 2008.
Siri Penerbitan Aliran Terkini Sumber dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norton,P. & Wiburg,
K. M. 2003. Teaching with technology. Edisi ke-2. University of Michigan: Thompson
/ Wadsworth.
Mohd Arif bin Ismail
& Rosnaini Hj. Mahmud. 2008. Siri Penerbitan Aliran Terkini Sumber dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lokman Mohd Tahir, Mohd
Anuar Abd Rahman, M .
Al-Muzammil Yassin & Phoon Ai Ling. 2010. Penilaian guru sekolah rendah terhadap peranan
guru besar sekolah sebagai pemimpin
teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) . Asia Pacific Journal of Educators And Education , Vol. 25, 169-188.
Saipo
Ayub. 2005. Guru Menghadapi perubahan. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus
Pendidikan Islam. http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saifo.pdf.
[ 11 Mei 2012].
Salbiah
Ismail. 2003. Trends and perspective of utilization of ICT in the classroom in
Malaysia,
Indonesia, Malaysia, Thailand and Philippines. Jurnal BTP 5(4):
42-50
Aspirasi
Digital Online. 2012. Inisiatif kerajaan dalam usaha merapatkan jurang digital.
http://www.aspirasidigital.net.my/maintemplate02.asp?contentid=1.
[ 11 Mei 2012]
Subscribe to:
Posts (Atom)